Wednesday, December 7, 2022

Electric Power Steering (EPS) Stereng Kuasa Elektrik

 

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik. 

Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kendalian stereng sekalipun semasa enjin tidak bekerja.  

EPS ECU menggunakan keluaran dari penderia daya kilas (torque sensor) dan maklumat dari skid control ECU untuk menentukan kadar kelajuan kenderaan dan kadar tork yang diperlukan untuk menentukan arah dan daya bantuan kuasa yang perlu diberikan kepada sistem stereng. Ia kemudiannya akan mengerakkan motor mengikut arah yang diperlukan.

Gear stereng

Apabila roda stereng diputar, daya kilas akan dipindahkan ke pinan lalu menyebabkan syaf masukan (input shaft) berputar. Bar kilasan (torsion bar) yang bersambung dengan syaf masukan dan pinan akan terpiuh sehingga kadar daya kilas dan tindak balas adalah sama. Penderia daya kilas (torque sensor) mengesan kadar piuhan bar kilasan dan menukarkan kadar daya kilas yang dihasilkan oleh bar kilasan ke dalam bentuk isyarat elektrik. 

Motor arus terus

Motor arus terus menggunakan worm gear untuk memindahkan daya kilas dari motor ke column shaft. 

Mekanisme pengurangan (reduction mechanism)

Mekanisme pengurangan memindahkan kuasa motor ke syaf pinan. Mekanisme pengurangan terdiri daripada ring gear yang diikat pada shaf pinan dan gear pinan yang digabungkan dengan syaf motor. Kuasa motor dipindahkan oleh mekanisme pengurangan kepada syaf pinan yang membantu mengerakkan stereng.

Penderia daya kilas  (torque sensor)

Penderia daya kilas mengesan kadar piuhan bar kilas dan menukarkannya ke dalam isyarat elektrik. Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS ECU) menggunakan isyarat tersebut untuk menetukan jumlah bantuan kuasa yang perlu dihasilkan oleh motor arus terus.

Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS ECU)

EPS ECU menerima isyarat daripada pelbagai penderia, maklumat ini digunakan untuk menentukan keadaan semasa kenderaan dan menentukan kadar bantuan yang perlu diberikan oleh motor arus terus.

Fungsi gagal selamat (fail safe function)

Jika unit kawalan stereng kuasa elektrik mengesan kerosakan dalam sistem EPS lampu amaran menyala untuk memberi amaran kepada pemandu. EPS ECU akan menyimpan DTC dan bekalan kuasa ke sistem EPS akan diputuskan. Walau bagaimanapun, sistem masih boleh dikawal secara manual.

Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. Shahril, hanya di PeroduaBranch.online

No comments:

Post a Comment